~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Hukum Berkaitan Dengan Berpuasa..Ramadhan Kareem!!

RAMADHAN : BATALKAH PUASA KITA SEKIRANYA
KITA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT
.Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
 Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
 Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
 Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-
.1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
 2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
 3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
 4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
 Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
.Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
 Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
.1) DARAH KELUAR DARI TUBUH
.samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
 Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
.2) MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA TERBUKA DAN DIKELUARKAN KEMBALI TANPA SAMPAI KE PERUT DAN YANG SEUMPAMANYA DI BAHAGIAN KEPALA.
.Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
 Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
.3) PIL ELAK HAID UNTUK PUASA PENUH :
.Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
.4) PENYEMBUR GAS UNTUK PESAKIT LELAH :
.Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
 Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
 Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
 Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
.5) SUNTIKAN KE DALAM TUBUH MELALUI TANGAN, KAKI SELAIN RONGGA TERBUKA YANG ASAL:
.Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
 Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
 Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
.6) BERKUMUR-KUMUR DAN AIR MASUK KE RONGGA HIDUNG SEMASA WUDHU.
.Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
 Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
.7) MELAKUKAN MAKSIAT SEPERTI TIDAK SOLAT :
.Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
.8) MENCIUM LELAKI DAN WANITA SEMASA BERPUASA
.Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
 Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
.كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
.
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
 Dan satu lagi adalah : -
.فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
.
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
 Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
 Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.
.9) WANITA TAMAT HAID
.Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
 Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
 Dalilnya adalah :-
.من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
.
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
.10) KELUAR AIR MAZI
.Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
 Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
 Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
.11) KELUAR AIR MANI TANPA SETUBUH
.Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
 Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
 Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
 Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
 Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
.12) MENELAN AIR LIUR
.Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)
.13 ) MANDI
.Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
.14) BERNIAT BERBUKA ATAU MEMBATALKAN PUASA SEBELUM WAKTU.
.Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
 Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
.OLEH
USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Friday, April 22, 2011

Penyakit Dan Alquran



Maksudnya:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ : ayat 82

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud ‘syifa’ (penawar) di sini ialah syifa’ maknawi (ubat rohani) seperti keraguan, unsur syirik, kefasiqan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa’ maknawi sekaligus sebagai syifa’ hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A’isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:” Ubatilah dengan kitab Allah.’

Sesungguhnya apa yang terdapat pada alquran itu terdapat banyak mukjizat yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui


Sakit Tulang Belakang / Tulang Patah dll
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61

Gastric / Stomach Ulcer / Sakit Perut
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22

Sakit jangkitan kuman
Surah Al-Anfaal

Sakit jantung / Saluran darah tersumbat (blockage)/ Jantung berlubang
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Penyakit kencing manis (diabetes)/ Darah tinggi (hyper-tension)/ Sakit angin ahmar (stroke)
ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml

Penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki
Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli

Penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas

Penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah
Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad

Ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan
Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255

Untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
urah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura

Ayat "penyejuk" untuk orang yang panas baran dan mententerankan hati
Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan ubat baginya" (Ibn Maajah)

Tuesday, March 23, 2010

Sedih itu datang dari Allah



Semalam menerima berita along keguguran, so dalam hati memang sedih, sebab tahu macammana susahnya dia jaga kandungannya. Sedih macammanapun,along lg lah sedih, so xleh nk tunjukkan kesedihan tu depan along, kne jadi kuat untuk dia..Bagi moral support..

Alhamdulillah, senang nk pujuk along, mak cakap, sumenya ada hikmahnya, along dah boleh faham. Erm mak pun sebenarnya sedih, masa tahu berita along mengandung, mak antara yang paling gembira, yela, bakal menyambut cucu sulung. Tapi kejadian semalam, xnampak pun riak kecewa pada wajah mak masa jumpa along, mak lebih risaukan keadaan along..ye, itu yang utama.

Terfikir..kenapa perlu ada perasaan sedih? Kenapa kita xleh nk gembira je sepanjang masa? Hurmm..kalo hati kita sentiasa gembira, sentiasa enjoy, maka mereka xkan sedar betapa bernilainya nikmat Allah. Dengan rasa bersedih ni, barulah manusia tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebahagiaan hidup mereka.

Apa yang sepatutnya,sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa gembira, walaupun kesedihan datang dalam hidup kita. Seperti sabda Rasulullah:
“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Tapi hati kita ni sungguh lemah dan xsekuat itu, berdoalah sentiasa moga hati-hati ini akan sekuat hati mukmin yang sejati.
Namun sekiranya hati ini sedih, maka, ingatlah Allah, serta carilah pertolongan Allah yg Esa.

Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
Bila berduka cita, kita pandang sekeliling, tetapi tiada orang yg menemani..rasa keseorangan.. namun ketahuilah Allah sentiasa ada di sisi kita, menjadi pendengar yang sangat setia dan juga pembantu yang Maha Pemurah.


Ingatlah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada ketika ini? Rumah mereka musnah dilanda banjir dan taufan, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, serta kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Jika kita berasa sedih, ingatlah bahawa masih ramai yang jauh lebih sedih daripada kita. Maka bersyukurlah dan anggaplah kesedihan itu sebagai ujian daripada-Nya.

Saturday, March 13, 2010

Berdoalah Supaya Tidak Terjadi Pada Kita



Dalam kita bergembira, bergurau senda, bergelak ketawa..masih ramai saudara kita diluar sana yang berduka cita, bergelut dengan suasana yang mencengkam, yang ketakutan.
Kita sering mengeluh dengan cuaca panas,aircond di rumah rosak, tiada duit utk bershopping, mereka di sana sangat2 bersyukur bila mendapat peluang dpt bersujud pd Allah biarpun bergelut dengan keadaan yg penuh konflik..
Nikmat keamanan yang Allah anugerahkan kita sering kita sia2kan..
terfikirkah kita bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik segala nikmat yang Allah beri?

Gambar di Tak Bai, Thailand ..Kejadian ini ada di Selatan Siam , Thailand ? Kenapa tak
pernah disiar di TV ya? wallua'lam..
masih xsedar2 kah kita dengan situasi skrg? masih rase xbersyukur ke nikmat yg ada?
tolonglah wahai hati-hati yang ego dan angkuh..pulanglah pada fitrah sebenar, diri ini hanya pinjaman dan miliknya, apa hak kita untuk 'demand' pd Allah?



"Semoga Allah SWT menerima arwah para Syuhada,
amien....... ......... ......... ...
Ya Allah Berilah Perlindungan Pada Hamba MU yang
tertindas... ..

Al Fatihah kepada yang terkorban di Tak Bai, selatan
Siam dan sudahi doa dibawah dengan selawat kpd Nabi s.a.w. Semoga Allah
cucuri rahmat ke atas roh mereka.


Ya Allah jangan palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami.
Ya Tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati-hati kami pada agamaMu, pada ketaatan suruhanMu..
Jangan biarkan hati kami yang lemah ini dicemari oleh tinta kufur terhadap nikmatMu.
Ya Tuhan kami, datangkan kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.. amenn..


Sama-sama kita renungkan..
~alfaqir ilallah~

Wednesday, February 17, 2010

Tempat LAKNAT tapi AJAIB



Salah satu peradaban ini ditemukan dalam wilayah batas Jordan dan Isreal saat ini. Penduduk yang menetap di pesisir Laut Mati ini adalah kaum Luth. Al Qur’an mengkhabarkan bahawa hubungan kelamin sesama jenis sedemikian bermaharajalela di kalangan mereka hingga belum pernah dijumpai hal serupa sebelumnya:


Ketika saudara mereka, Luth, berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?" Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. (QS. Asy Syu’araa’, 26:161-166)
Ketika Nabi Luth menyuruh mereka meninggalkan perilaku maksiat dan menyampaikan perintah Allah, mereka ingkar, dan menolaknya sebagai seorang Nabi dan melanjutkan perilaku menyimpang mereka. Sebagai balasannya, mereka dihancurkan dengan bencana yang dahsyat




Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang laut mati..Semasa melawat Laut Mati, dalam fikiran aku tergambar, laut die warna hitam, sekeliling ade byk tulang-tulang..hahaha.. tp bile dh sampai sana, mmg slh same sekali..laut mati@death sea@bahrul mayyit diberi nama sempena laut tersebut tidak mengandungi sebarang hidupan dlmnya..sbb pe? Sbb kandungan garam yg terdapat pd laut tersebut menjadikan ia mustahil utk sebarang hidupan hidup didalamnya..




Air die agak berminyak cket..byk garam2 kt persisiran pantai die..jordan dh buat renovation kt tmpt 2, ia jd pusat peranginan yg amat penting buat negara jordan, so byk pelancong2 dri luar dtg..
Disebabkan kandungan garam terlalu tinggi,ketumpatan ia melebihi ketumpatan air dlm bdn, jadi badan kite akan terapung dan xtenggalam kt laut tu..kuasa Allah membuatkan hati rase betul2 kerdil…segala-galanya tidak mustahil bg Allah.

Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang tertinggal, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi; yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (QS. Huud, 11:81-83)


Allah azabkan negeri kaum Luth yang di atas ke bawah, yg bawah ke atas, bumi diterbalikkan, mungkin ini ada kena mengena dengan kandungan garam di laut mati yang amat tinggi, sifat laut yang biasa menenggelamkan dan tempat tinggal hidupan air menjadi sebaliknya..diterbalikkan..
Wallahua’lam