~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~

Thursday, August 12, 2010

Ahlaen Ya Ramadhan

Selamat datang pada Bulan Ramadhan..
Selamat datang bulan yg penuh keberkatan..
Selamat datang bulan yang Allah limpahkan gandaan ganjaran pahala..
selamat datang bulan yang mempunyai malam seribu bulan...

moga2 kedatangan Ramadhan ini memberi ruang untuk diri memperbaiki diri..
moga2 kedatangan Ramadhan tidak disia-siakan..

Monday, April 12, 2010

Cakap Guna Tangan

dah lame xpost entry.

hari ni kurang sehat..
sakit dah lame dah, dah 3 hari..dari hari ahad ari2..

minggu ni bertugas

apsal diorg eja name aku silap, aku, nurhafiz la bukan norhafiz...
so tugas aku minggu ni xdela susah sgt, tangkap budak lmbt, pengawas akan tulis name, aku just tandatangan, pas2 bg denda kat die, biasenye kutip sampah..td pasal ringan jer mulut ni nak ckp, so hari ni sape2 murid yg lambat dapat ceramah free dari aku

semalam ade taklimat ttg mc, aku xmasuk pun, pasal pale penin, so aku fly kt surau, utk rehat kan pale, pasal pas2 nk g ngajar, nk rehatkn diri utk beri persediaan 100% mental n fizikal mengajar.


bila badan xsehat, batuk2, sore xleh nk kuat, aku dh sound awal2 anak2 murid aku..
hari ni saye xleh nk ckp,jerit kuat2..saye nk kamu fokus ape yg saye ajar, jgn bising, main2, borak2..tolong jgn pakse saye cakap gune tangan..
Alhamdulillah masing2 faham..maybe sbb aku slalopun ckp gne tngan kt bdk2 yg xsiap kje, bercakap mase aku cakap..klo nk pukul bukan sbb kerana kite marah, atau benci, atau nk bls dendam..tp kerana ingin mengajar, kerana sygkn mereka..agar akan dtg, mereka tak buat lagi


gmbr hiasan jer

Tuesday, March 23, 2010

Sedih itu datang dari Allah



Semalam menerima berita along keguguran, so dalam hati memang sedih, sebab tahu macammana susahnya dia jaga kandungannya. Sedih macammanapun,along lg lah sedih, so xleh nk tunjukkan kesedihan tu depan along, kne jadi kuat untuk dia..Bagi moral support..

Alhamdulillah, senang nk pujuk along, mak cakap, sumenya ada hikmahnya, along dah boleh faham. Erm mak pun sebenarnya sedih, masa tahu berita along mengandung, mak antara yang paling gembira, yela, bakal menyambut cucu sulung. Tapi kejadian semalam, xnampak pun riak kecewa pada wajah mak masa jumpa along, mak lebih risaukan keadaan along..ye, itu yang utama.

Terfikir..kenapa perlu ada perasaan sedih? Kenapa kita xleh nk gembira je sepanjang masa? Hurmm..kalo hati kita sentiasa gembira, sentiasa enjoy, maka mereka xkan sedar betapa bernilainya nikmat Allah. Dengan rasa bersedih ni, barulah manusia tahu bersyukur dan berterima kasih atas kebahagiaan hidup mereka.

Apa yang sepatutnya,sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa gembira, walaupun kesedihan datang dalam hidup kita. Seperti sabda Rasulullah:
“Sungguh menakjubkan perilaku seorang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Tapi hati kita ni sungguh lemah dan xsekuat itu, berdoalah sentiasa moga hati-hati ini akan sekuat hati mukmin yang sejati.
Namun sekiranya hati ini sedih, maka, ingatlah Allah, serta carilah pertolongan Allah yg Esa.

Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
Bila berduka cita, kita pandang sekeliling, tetapi tiada orang yg menemani..rasa keseorangan.. namun ketahuilah Allah sentiasa ada di sisi kita, menjadi pendengar yang sangat setia dan juga pembantu yang Maha Pemurah.


Ingatlah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada ketika ini? Rumah mereka musnah dilanda banjir dan taufan, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, serta kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Jika kita berasa sedih, ingatlah bahawa masih ramai yang jauh lebih sedih daripada kita. Maka bersyukurlah dan anggaplah kesedihan itu sebagai ujian daripada-Nya.

Sunday, March 21, 2010

3jam dalam Bas ke SEGAMAT

Hari sabtu tu, aku g segamat, naek bas dri seremban..
jumpa fatimah, die nk celebrate birthday aku, sbb ti die xdpt nk celebrate same, ade hal.
masa perjalanan ke segamat mengambil masa dalam 3jam.
so byk gakla bende yang aku buat dlm bas tu.
hee..tips utk korang gaks yg xtau nk buat ape dlm bas..hehe



1. Pakse Diri Untuk tidur
Plan awal memang aku nk tidurje, pas2 sedar2 dah sampai..tp puas pakse diri nk tidur, tak dpt2. aku cubela mcm2 postur utk tidO..mcm2 care..mate nih xnk lelap, maybe sbb excited kot..huhu

2. Layan Dengar mp3
hurm, nk xnk, bukakla mp3 yg aku pnjam dr ajoi..pasal bus ni xbukak radio,tv apatah lg..so layanla lagu2 kt mp3 ajoi, tp lagu die byk lagu omputih, dahtu jenis lagu yg memberontakje..makin penin pale aku..tp layan jer..sampaila abes batery..lorr xcharge la semalam..


3.maen sms
sms tyma, bg report kt die, pas2 die reply2..
tibe2 pale mule penin..lupe pulak,aku jenis xleh membaca dlm kenderaan, cepat muntah..
tarik nafas pelan2..fuhh..fuhhh..plzz tolongg, jgn muntahh..


4.kira bilangan penumpang
alihkan perhatian..xnak pikir pasal nk muntahh..carik aktiviti..
so aku kire bilangan penumpang dlm bas..1..2..3..sume skali ade 9 org termasuk aku..
pas2 kire dari belakang, 9..8..7..pas2 kire bilangan lelaki, pas2 kire bilangan pom..pas2 kire bilangan yg dh tdo..pas2 blngn yg tgh dgr mp3..bilangan yg tutup kepala, xkesah pkai tudung atas pkai topi..disebabkan penumpang 9 org, kejap jee bilang dh abes..huhu..masih fenin lagi..

5.pindah tempat duduk
dlm ddk membilang td, perasan lak ade byk tempat duduk kt belakang..yea yea..
pas2 ape lagi, aku pindahla kt tempat ddk belakang..pas2 bile dh bosan2 cket, pindah lagi..pindah lagi..sampai la kt tempat duduk belakang


6.nyanyi2 cm kt umh sendiri
aku perasan, bunyi enjin bas ni kuat sgt bile bergerak, d tambah pula dengan penumpang yg cket,sume ddk depan, klo aku nyanyi2 kt belakang, kompem xdgr punye..so lagu2 yg aku nyanyi lagu2 yg tibe2 terlintas kt otak aku time tu, macam " bulan hajiii..telah tiba lagii.." , lagu senario "malam minggu yg lalu, bwk awek tgk citer hantu..", lagu mirwana "anginnn..kau nanyikan lagu..", etc

7.hafalkan jalan nk g segamat
pas gemas, gemas baru, alaa terus je, dont belok2, naek flyover belah kanan, turun belah kiri ade sek batu anam..teruss..haaa pas2 belah kanan ade nampak,kedai makan abang botak..terus..smpai kt tmpt ape tu,alaa lupe la pulak nme die, keboh kasap?terus jee..belah kanan ade simpang nk masuk uitm, belah kiri ade gerai kamsiah..pas2 mmg terus jer sampai segamat tu..

8. bernafas ikut mulut
bile lalu kt keboh kasap (klo xsilap akula) ade bau busuk, maybe bau kilang2 atau bau getah, ntah laa..so aku yg masih dlm nk tahan muntah lgi laa loya..xleh bau busuk cm2, kompem terus muntahnyee..so, aku bernafas laa ikut mulut, wahh berkesan!! xbau busuk lgi (mmgla, bdk kecik pun tau)..so, disebabkan aku bernafas ikut mulut, jd aku stopla menyanyi..kne carik aktiviti laen


9. tepuk pengakap
sambil2 tu, tibe2 terpikir nk tepuk2, pas2 tingat tepuk pengakap..tepuk pengakap..tap, tap, tap tap tap, tap tap tap tap, tap tap..yeahh

10. buat2 sibuk
so bile nk smpai, aku buat2 sibuk, duduk balik tempat aku, kemas2 beg, masuk2kan barang dlm beg..bile dh kemas, tgk2 lom smpai bus station lg..pas2 aku kuarkan brg2 aku blik, pas2 susun satu2..buat2 sibuk, xleh nk statikje dlm bus..takut muntah


ni lah kek aku ari2..thanks ye awk, hari sabtu yang sgt indah hari tuu..

Wednesday, March 17, 2010

Pesanan Buat Pencuri Handphone Aku!!

astaghfirullahal azim..
Bismillahirrahmanirrahim..
moga2 aku xmenulis dlm keadaan yang marah hingga lupa diri.
hari ni, 17/mac/2010..ptg td kt lake garden kete aku kne pecah..
tgk2 duit2 aku kt dompet aku xde, phone aku ilang..
perghhh..sakitnya ati aku..


wahai pencuri.. aku nk marah2 ko pun, ko tetap dpt dosa..n aku xnk dpt dosa sbb kutuk ko..
hurm pencuri pencuri..ko tahu x, doa orang yg dizalimi ni mustajab, cpt diterima Allah..
Apa akan jd erk klo aku doa ko excident pas2 terus mati?
nauzubillah, xpe la, drpd aku doa2 yg buruk2, baik aku doakan ttg kesejahteraan ibu aku, family aku, aku, moga kami hidup bahgia sampai bila2..amenn..



Sebetulnya, aku bknnya marah sgt kt ko, tp aku rasa kecewa sgt2..lbh kecewa sgt2 kalo ko ni beragama Islam..percayalah segala perbuatan ko ni Allah akn balas!
Aku xleh slhkn ko, mungkin ko jahil, ko rase leh taubat pas buat cmni..tpkan, klo aku xredha cmner? jgn ko lupe 'hablu minannas'(hubungan sesama manusia, klo ko buat slh dgn org tu, ko kne minta maaf ngn org tu..
so cmne? ko bkn kenal kt aku pun, cmne nk jmpe minta maaf kt aku? xkan la pasal duit bape sen tu ngn phone murah tu ko sanggup masuk neraka?

ermm..ataupun ko ni terlalu faqir? nk mkn langsung xde duit, nk bg mkn anak2..
pas2 ko gadai phone aku buat bg mkn keluarga ko..xpe, aku maafkan..aku redha..

kepada pencuri, aku ucapkan terima kasih sgt2 sebab xamik ic aku..
terima kasih sbb xamik lesen aku,xamik kad bank aku.alhamdulillah, leh aku cucuk duit td..

macamnila pencuri, duit2 yg ko amek tu aku halalkan..
cuma..
ermmm..ada dua perkara ni, dlm phone aku, ade gmbr aku,gmbr2 fmly aku, gmbr kekasih ati aku, aku harap sgt2 ko jgn slh gunakan,ko delete jer,pastu ko track in la kt mane2 kedai..ingtye pencuri, ko aibkan orang di dunia, Allah akn aibkan ko di akhirat..
yg kedua, aku harap pasni ko betul2 insaf, ko jgn la mencuri lagi..
biarlah aku jd mangsa terakhir ko..cukup2la aniaya orang laen..

Bila dua perkara ni ko buat, aku seredha2nya apa yg ko buat kt aku..
insya'allah xde hasad dengki dan dendam aku kt ko..
moga2 Allah pelihara hati dan perasaan aku..amenn


kita suma kn akan mati..

Saturday, March 13, 2010

Berdoalah Supaya Tidak Terjadi Pada Kita



Dalam kita bergembira, bergurau senda, bergelak ketawa..masih ramai saudara kita diluar sana yang berduka cita, bergelut dengan suasana yang mencengkam, yang ketakutan.
Kita sering mengeluh dengan cuaca panas,aircond di rumah rosak, tiada duit utk bershopping, mereka di sana sangat2 bersyukur bila mendapat peluang dpt bersujud pd Allah biarpun bergelut dengan keadaan yg penuh konflik..
Nikmat keamanan yang Allah anugerahkan kita sering kita sia2kan..
terfikirkah kita bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik segala nikmat yang Allah beri?

Gambar di Tak Bai, Thailand ..Kejadian ini ada di Selatan Siam , Thailand ? Kenapa tak
pernah disiar di TV ya? wallua'lam..
masih xsedar2 kah kita dengan situasi skrg? masih rase xbersyukur ke nikmat yg ada?
tolonglah wahai hati-hati yang ego dan angkuh..pulanglah pada fitrah sebenar, diri ini hanya pinjaman dan miliknya, apa hak kita untuk 'demand' pd Allah?



"Semoga Allah SWT menerima arwah para Syuhada,
amien....... ......... ......... ...
Ya Allah Berilah Perlindungan Pada Hamba MU yang
tertindas... ..

Al Fatihah kepada yang terkorban di Tak Bai, selatan
Siam dan sudahi doa dibawah dengan selawat kpd Nabi s.a.w. Semoga Allah
cucuri rahmat ke atas roh mereka.


Ya Allah jangan palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami.
Ya Tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati-hati kami pada agamaMu, pada ketaatan suruhanMu..
Jangan biarkan hati kami yang lemah ini dicemari oleh tinta kufur terhadap nikmatMu.
Ya Tuhan kami, datangkan kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.. amenn..


Sama-sama kita renungkan..
~alfaqir ilallah~

Saturday, February 20, 2010

Kalau dapat ku petik bintang di awan biru....


Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu


cam kenal jer bait2 ayat ni..
heee.. 'kita serupa' nyanyian kumpulan headwind..brujer dgr td..
ayat2ni ditujukan pada seseorang yang amat bernilaI dlm hidup diee..
utk isteri? tunang? seswai jer sume2 tu..
klo diterjemahkan ia membawa maksud kite akan lakukan sedaya mungkin utk membahagiakan insan yg tersyg..

utk bait2 ayatni, aku nk tujukan pada ibu aku..
bg seorang ibu tunggal yg membesarkan 5 org anaknya seorag diri, ia ckp2 meruntun hati kecil ku..
bile terpandang wajahnya, jauh dilubuk hatiku, rase syahdu akn perngorbanannya..

iya, kami bukan org senang, tp segala pengorbanan dan ajarannya, buat kami 'senang' dgn ape yg ada..
apa yg ada pada kite, kite perlu jaga betul2, hargai bile mse2 bersama..bersyukur dgn nikmat yg kebahagiaan yg sedia ada..

tak perlu tunggu bile dpt petik bintang, bile dpt gapai bulan..xperlu tunggu bile dh jadi jutawan, utk bls jasa ibubapa kite..

ape yg ade pd kite skrg, ape yg termampu utk kite tlg mereka, kite tolong..
ade peluang utk kite gembirakan hati mak ayah kite, kite jgn siakan..
sbb..mungkin kite xdpt peluang ini pd esok hari..nauzubillah


Doa untuk ibu bapa:

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Wednesday, February 17, 2010

Tempat LAKNAT tapi AJAIB



Salah satu peradaban ini ditemukan dalam wilayah batas Jordan dan Isreal saat ini. Penduduk yang menetap di pesisir Laut Mati ini adalah kaum Luth. Al Qur’an mengkhabarkan bahawa hubungan kelamin sesama jenis sedemikian bermaharajalela di kalangan mereka hingga belum pernah dijumpai hal serupa sebelumnya:


Ketika saudara mereka, Luth, berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?" Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. (QS. Asy Syu’araa’, 26:161-166)
Ketika Nabi Luth menyuruh mereka meninggalkan perilaku maksiat dan menyampaikan perintah Allah, mereka ingkar, dan menolaknya sebagai seorang Nabi dan melanjutkan perilaku menyimpang mereka. Sebagai balasannya, mereka dihancurkan dengan bencana yang dahsyat




Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang laut mati..Semasa melawat Laut Mati, dalam fikiran aku tergambar, laut die warna hitam, sekeliling ade byk tulang-tulang..hahaha.. tp bile dh sampai sana, mmg slh same sekali..laut mati@death sea@bahrul mayyit diberi nama sempena laut tersebut tidak mengandungi sebarang hidupan dlmnya..sbb pe? Sbb kandungan garam yg terdapat pd laut tersebut menjadikan ia mustahil utk sebarang hidupan hidup didalamnya..




Air die agak berminyak cket..byk garam2 kt persisiran pantai die..jordan dh buat renovation kt tmpt 2, ia jd pusat peranginan yg amat penting buat negara jordan, so byk pelancong2 dri luar dtg..
Disebabkan kandungan garam terlalu tinggi,ketumpatan ia melebihi ketumpatan air dlm bdn, jadi badan kite akan terapung dan xtenggalam kt laut tu..kuasa Allah membuatkan hati rase betul2 kerdil…segala-galanya tidak mustahil bg Allah.

Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang tertinggal, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi; yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (QS. Huud, 11:81-83)


Allah azabkan negeri kaum Luth yang di atas ke bawah, yg bawah ke atas, bumi diterbalikkan, mungkin ini ada kena mengena dengan kandungan garam di laut mati yang amat tinggi, sifat laut yang biasa menenggelamkan dan tempat tinggal hidupan air menjadi sebaliknya..diterbalikkan..
Wallahua’lam

Sunday, January 17, 2010

Gambar family day kt PD

yang kt Port Dickson ni, anak2 n cucu2 haji Nasir (Atuk).
sumenye dalam 23 orang,
ktrg xbuat formal pun, saje je suke2..yang paling penting ukhwah



Bangah tengah buat ucapan, cucu lelaki sulung



Bacaan doa oleh ustaz apiz


alahai romantiknye atuk n wan, sambut anniversry perkhwinan atuk n wan skali


sambut birthday ajoi skali


comeynye, irsyad buat kad birthday sendiri utk bagi kt ajoi



yeeaa..dapat hamper, alaa sume dapat sbnrnyee..hehe


masing2 nengok hamper masing2..


cucu2 haji nasir, time skema..


cucu2 haji nasir, time masuk air..


ombak besar tarak kesian..


rehat2





yahooooooooooo...


aktiviti tangkap ketam


cam citer korea x?ngeh3


haa..posing lagiii..


ini name die encik crab,jap lagi nk tangkap spongebob lak


bangah dengan machonye tangkap ketam pakai tangan










naik banana ride, besh gak..





tu jer..byk lagi gmbr, tp lotih nk tunggu upload bbyk nih, akam dtg insya'allah nk upload gmabar family cucu cicit hajah norsimah lak(moyang)