~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~tak jumpa kerana tak mencari~tak rasa kerana tak menghayati~

Tuesday, July 16, 2013

Hukum Berkaitan Dengan Berpuasa..Ramadhan Kareem!!

RAMADHAN : BATALKAH PUASA KITA SEKIRANYA
KITA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT
.Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
 Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
 Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
 Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-
.1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
 2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
 3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
 4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
 Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
.Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
 Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
.1) DARAH KELUAR DARI TUBUH
.samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
 Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
.2) MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA TERBUKA DAN DIKELUARKAN KEMBALI TANPA SAMPAI KE PERUT DAN YANG SEUMPAMANYA DI BAHAGIAN KEPALA.
.Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
 Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
.3) PIL ELAK HAID UNTUK PUASA PENUH :
.Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
.4) PENYEMBUR GAS UNTUK PESAKIT LELAH :
.Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
 Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
 Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
 Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
.5) SUNTIKAN KE DALAM TUBUH MELALUI TANGAN, KAKI SELAIN RONGGA TERBUKA YANG ASAL:
.Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
 Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
 Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
.6) BERKUMUR-KUMUR DAN AIR MASUK KE RONGGA HIDUNG SEMASA WUDHU.
.Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
 Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
.7) MELAKUKAN MAKSIAT SEPERTI TIDAK SOLAT :
.Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
.8) MENCIUM LELAKI DAN WANITA SEMASA BERPUASA
.Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
 Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
.كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
.
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
 Dan satu lagi adalah : -
.فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
.
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
 Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
 Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.
.9) WANITA TAMAT HAID
.Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
 Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
 Dalilnya adalah :-
.من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
.
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
.10) KELUAR AIR MAZI
.Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
 Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
 Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
.11) KELUAR AIR MANI TANPA SETUBUH
.Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
 Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
 Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
 Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
 Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
.12) MENELAN AIR LIUR
.Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)
.13 ) MANDI
.Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
.14) BERNIAT BERBUKA ATAU MEMBATALKAN PUASA SEBELUM WAKTU.
.Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
 Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
.OLEH
USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Thursday, May 10, 2012

Long Distance Relationship

Apabila waktu senggang, tiada waktu mengajar, biasanya saya akan duduk di meja guru, membuat kerja2 dokumentasi atau menyiapkan buku Rekod Mengajar Harian. Waktu itu, ramai guru-guru menggunakan masa sebaik-baiknya berbual-bual, ada yang berniaga. Saya agak jarang berbual, kerana keliling saya ramai guru perempuan ( umur mereka lingkungan 35-47). Bukan apa, topic yang dibincangkan biasanya saya tak boleh ‘masuk’. Pinggan mangkukla, baju kurung, pasal tudung..Sambil-sambil buat kerja sambil jadi halwa telinga, kadang-kadangje mencelah. Agak-agak ada unsur fitnah mengumpat saya pakai hearphone dengar lagu.
Tapi topic perbualan tadi,(diorg berbual sama diorg) buatkan saya tersenyum. Sorang akakni, mengimbau kenangan baru berkahwin. Dan die pula kena posting di sabah, suaminya di semenanjung. Punya la nak mengajar tu asyik pikir suami je. Tiap-tiap hari mesti call. Dalam sedar tak sedar bil talipon mencecah rm3 ribu, saya ulangi rm3 ribuu..perghh..dasat. Begitulah hebatnya kerinduan mereka. Ceewahh..alkisahnya, akaktu terpaksa pi celcom buat perjanjian untuk bayar bulanan rm300 tiap2 bulan. Siap die cakap kt suami die lagi, “tu la kan abg, kalo x kita dah boleh beli peti sejuk besar dah kan dengan duit tu”..hehe ..bukannya menyesal, Cuma saje mengusik suami isteri.
Sorang lagi akakni cerita, suami dia pulak yang kena posting jauh, di pedalaman Sarawak, saya tak ingat nama tempat dia. Dia cakap untunglah dapat call, die suami die dulu tiada coverage. Tak boleh nak sms, tak boleh nak call…so tiap2 hari dok me’nongok’ je tanpa khabar berita dari suami, suami balik pun sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali.. Tambahan cite lagi sorang guruni bercerita, mengiayakan akak yang sebelum tadi. Dia katakana kalo duk jauh ngan suami memang rasa tak kena, ada sekali suami g kursus seminggu, anak semput, nak drive pun tak reti, saudara mara duk jauh, kredit abes, mase mula-mula kahwin tipon kt umah pun takda. Seb baik ada jiran. Tu pun dah pikir banyak kali pasal jiran orang bujang. Hurmmm..
Tengah dok2 curi dengar, sorang akakni sapa. “ Apis lak camne? Tak risau ke isteri duk jauh? “ . Saya cakap, risau tu mesti la ada, tapi doa la Allah jaga dia. Jawapan pendek, yang bagi saya amat mendalam. Kami duduk tidak la jauh seperti mereka, tapi kami ada hati dan rasa rindu juga. Call pun lom sampai rm3 ribu lagi, semalam baru call, prepaid abes, adela dalam rm5..Alhamdulillah Allah bagi kami kekuatan untuk meneruskan hidup dan perjuangan. Patut rasa bersyukur kerana kami masih boleh berjumpa tiap2 minggu, masih boleh call tiap2 hari. Moga Allah kuatkan rasa cinta kami, jadi suami dan isteri mithali, anak yang soleh dan solehah, dikurniakan zuriat yang barakah. Tiap-tiap hari CINTA, insyaallah..

Monday, February 27, 2012

2 Bulan Usia Perkahwinan

24 Februari 2012 Hari Jumaat

Balik dari sekolah dalam pkul 12.30tgh hari. Isteri dah tunggu depan rumah dengan senyuman yang manis. Kami bersalaman, kemudian isteri suruh masuk rumah berehat2. Aku berehat, kemudian mempersiapkan diri untuk solat jumaat. Selepas makan bersama isteri, aku pun menuju ke kereta untuk ke masjid, bila masukje ke dalam kereta, terperanjat tengok tepi cermin depan..cakkkkk,surpriseeee....!!!!



Tengok isteri tersenyum dari luar kereta, mungkin terhibur melihat gelagatku yg masih terperanjat. Aku bukak cermin kereta, " Terima kasih ye ayang, t pas solat jumaatni abg bace ek suratni...luv u". Ya, hari tu adalah hari ulangbulan usia perkahwinan kami yang dah masuk usia 2 bulan.
Hati lelaki aku terharu, bercampur dengan perasaan cinta dan kasih pada isteri semakin menebal. Sangat2 comel kejutan yang die berikan kepadaku. Kalo sebelum ni, masa genap sebulan usia perkahwinan kami, balikje dari sekolah..masukje dalam bilik..
tadaaaaaa...

sangat sweet kan?

So aku lak, belikan coklat banyak2 kesukaan dia(isteriku ni pencinta coklat- bak kate die la,hehe)..bawa die kuar dating, g makan Kenny Rogers..antara restoran favourite beliau..

Alhamdulillah..sangat suka, sangat bahagia.. gembirakan hati isteri Allah bagi ganjaran pahala, gembirakan hati suami ganjaran pahala dan syurga menanti..Allahuakbar!!

" Salinglah memberi hadiah nescaya akan saling mencintai " Hadith riwayat Thabrani.

Thursday, February 23, 2012

Selamat Datang 2012


Selamat datang 2012..
Tahun ni aku mula melangkah sebagai seorang suami.
Bertambah lagi tanggungjawab aku.Tapi aku yang aku pegang adalah
Firman Allah Taala bermaksud:
'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.' al-Baqarah 286

Dalam tempoh sebulan dua ni, aku masih kekok menjadi suami orang.
Kalo dulunya tidur aku boleh conquer satu katil..kali ni aku kena kongsi dengan isteri aku..mule2 rase cam sempit gak tau..tp, sempit tu tibe2 menjadi bahagia..

Dunia perkahwinan merupakan satu kenikmatan perkongsian. Kita rasa sgt2 seronok kalo makan bersama, keluar bersama, jogging besama,mandi bersama, apa2 lah yg bersama. Hinggakan hobi orang yang sayangi pun boleh jadi hobi kita.

Sebagai 'orang baru' di dunia perkahwinanni, banyak perkara positif yang berlaku dalam diri aku :

1. Kehidupan lebih terurus :
Bangun pagi, g mandi, kuar dari tandas, isteri dah siap susun beg, stokin,baju bergosok..sarapan disediakan..Alhamdulillah..moga Allah membalas syurga buatmu wahai isteriku yg solehah.

2. Lebih kerap senyum :
sebab isteri jenis yang kuat senyum, so 'penyakit' tu dah berjangkit kt aku

3. Semangat nak ke majlis Ilmu :
Kalu sebelumni ke ceramah or majlis2 ilmu sorang2. Tapi sekarang, isteri sentiasa bg semangat dan dorongan, kadang2 letih pun die follow gak..kalo die xfollow pun die minx aku citer ape yg aku dpt

4. Dah jumpa BFF (Best Friend Forever) :
Bukannya tiada kawan, ramai sgt2 kawan. Tapi dengan isteri adalah kawan terbaik bagi suami sebenarnya. Kita sepatutnya menjadikan isteri sebagai sahabat baik kita. Insyaallah mudah untuk berbincang dan berunding..

Sebenarnya banyak lagi..Bukanlah nukilan ni untuk menunjuk, jauh sekali nak riya'. Nauzubillah..Tapi ia sekadar ingin menyatakan akan kebenaran ayat suci Allah
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Subhanallah..antara tanda kekuasaan Allah adalah Allah ciptakan Isteri kita.

Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dalam kehidupan berumahtangga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Doakan perkahwinan kami bahagia..dilimpahi dengan hujan2 nikmat..Untuk yang membaca postni, aku doakan perkahwinan korang juga berkekalan bahagia hingga ke syurga. Bagi yang belum berkahwin, aku doakan moga cepat2 disatukan dalam ikatan yang halal, dilindungi Allah dari cabaran dan dugaan yang mendatang..cakap aminn..'AMINNNNNN..'

Friday, April 22, 2011

Penyakit Dan Alquran



Maksudnya:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ : ayat 82

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud ‘syifa’ (penawar) di sini ialah syifa’ maknawi (ubat rohani) seperti keraguan, unsur syirik, kefasiqan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa’ maknawi sekaligus sebagai syifa’ hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A’isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:” Ubatilah dengan kitab Allah.’

Sesungguhnya apa yang terdapat pada alquran itu terdapat banyak mukjizat yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui


Sakit Tulang Belakang / Tulang Patah dll
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61

Gastric / Stomach Ulcer / Sakit Perut
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22

Sakit jangkitan kuman
Surah Al-Anfaal

Sakit jantung / Saluran darah tersumbat (blockage)/ Jantung berlubang
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Penyakit kencing manis (diabetes)/ Darah tinggi (hyper-tension)/ Sakit angin ahmar (stroke)
ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml

Penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki
Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli

Penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas

Penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah
Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad

Ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan
Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255

Untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
urah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura

Ayat "penyejuk" untuk orang yang panas baran dan mententerankan hati
Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan ubat baginya" (Ibn Maajah)

Tuesday, March 1, 2011

Cakap 'KOSONG'


Duduk belajar dalam kelas yang sama dari tahun 1 sampai tahun 6. Sama-sama mendapat didikan ilmu. Kerja rumah diberi sama rata. Pendedahan motivasi diberi. Bimbingan diberi dari semasa ke sama. Persoalannya, apabila dibuat ujian, adakah murid2 akan menemui markah yang sama? Dengan tegas saya katakan‘TIDAK!!’ Jika kita menyuruh mereka membuat karangan pada sesuatu tajuk secara spontan, adakah ayat yang ditulis mereka semuanya sama? Jawapannya jelas sekali bukan?
Untuk membuat kek keju, jika ada bahan-bahannya, betul cara membuatnya, kita akan dapat hasilkan sebuah kek keju yang amat sedap. Bekerja dengan mesin, bila dah siap settingnya, kita akan dapat hasil yang kita mahukan. Bagaimana pula dengan manusia, walaupun ‘acuan’nya kita dah sediakan cantik, tapi hasilnya kita masih belum tahu. Manusia ada keinginan, kehendak, minat, keupayaan yang berbeza, kemahiran yang pelbagai, jadi pendekatan juga seharusnya pelbagai. Belajar dan terus belajar untuk mengajar.
Mano ko pandang tu banggg, orang laen sumoo pandang dopan(gambar hiasan)

1. “ Semua murid pandang depan”
Arahan yang diberi jelas. Tapi kalo kita lihat,ramai kanak2 suka membuat tindakan yang berlawanan dari arahan yang jelas ni. Contoh: “Jangan bising” mereka biasanya akan terus bising. “Jangan buang sampah merata-rata”, mereka akan buang sampah disitu. Tapi murid2 yang faham arahan dengan jelas dan mereka ikut, itulah murid yang hebat sahsiahnya dan kebanyakannya cemerlang.

2. “ Siapa xpandang depan, siapp!!”
Bentuk ugutan. Saya pernah gunakannya, percaya atau tidak, ia memang berkesan.
Drpd “jangan bising” menjadi “siapa bising die balik lambat”. Memang diam, tp bila fikir2 balik pendidikan berasaskan ugutan menjadikan mereka dilatih utk menjadi takut pd guru n peraturan, bukannya menjadi hormat pada guru dan menurut peraturan dengan rela hati.

3. “Haa baik, dengar sini, saya ada berita baik nak beritahu anda semua, selagi tak senyap, saya takkan beritahu”
Dalam peringkat kanak2, perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi, mereka sanggup buat apa sahaja untuk meleraikan curiousity tu, termasuklah melakukan benda yang mereka rasa paling susah nk buat, iaitu duduk diam dan fokus.
Andaikata ianya terlalu sukar untuk dilakukan semasa proses p&p(pembelajaran dan pengajaran), jadikan kelemahan mereka(suka bermain) sebagai kekuatan proses p&p kita, masukkan dengan permainan dan perbanyakkan aktiviti.

a) Guna ruang di beberapa sudut kelas
b) Pelbagaikan penggunaan intonasi dlm menyebut satu2 perkataan.
c) Lughatul jasadiah atau bahasa badan yang menggambarkan perkataan yang disebut.
d) Permainan dalam kelas, kanak2 sebenarnya sentiasa belajar dan focus dlm bermain.
Apapun, ini hanyalah pendapat peribadi dari seorang guru biasa, banyak lagi benda yang perlu saya pelajari. Selamat mencuba, jom kongsi2 ilmu

Thursday, February 24, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Pada 18 Februari 20011, hari Jumaat, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Maulidur rasul. Bermula dengan cakap2 biase, aku saje je cakap kt Ustazah Samsiah (Ketua Panitia) utk mengadakan perarakan Maulidur rasul
kalo tengok pada taun lepas hanya ceramah kemudian budak2 kembali ke kelas utk p&p. Dengan tenaga yg ramai patut boleh buat secara besar-besaran.Alhamdulillah Ust Samsiah menyokong, dan kami wt lakaran kertas kerja dulu, kire punya kire, budjet xcukup,
nk buat grand sangat pun xleh, jd potong punye potong, kami hanya sediakan hadiah perarakan bg tmpt pertama,kedua dan ketiga bg setiap tahun, serta cerderahati utk penceramah nnti dlm rm520 sumenye.
bentang dekat guru besar, xde masalah,die setuju, cume kne pastikan acara tu berjalan lancar seperti yg dirancang.

ermm sampai hari rabu, mslh penceramah lom setel lg, rancang nk carik penceramah yg femes2, tp ramai yg xfree..cari punye cari, seb baek ade adam (cayalah), die bg no phone amad,alhamdulillah amad pun sudi dtg ceramah..setel masalah!!
persiapan membuat sepanduk


Jumaat 18 Februari

1.Bacaan Asma ul Husna
bace reramai, mmg rutin tiap2 pagi warga sk senawang.
2.Doa
hantar budakje bace doa, ustaz hafiz cbuk uruskan belakang tabir..hehe

3.Ucapan pengerusi majlis
ustaz haidhir, ringkas dan padat

4.Ceramah Maulidur Rasul
oleh us mohammad (Kwn aku ni), mmg best die ceramah, budak2 terhibur, cikgu2pun suke,
sesape nk minx us mohamad ni ceramah contact aku, aku bg die 10 bintang..xpun korang
leh dtg kt alfaliheen training&motivation kt area dtrn senawang tuh


5. Penyampaian saguhati
guru besar smpaikan saguhati (berupa duit) kt tuan penceramah kita

6. Persembahan nasyid murid.
best gk la,sore solo ni cam sore dak kumpulan nasyid aeman tu..diorg nyanyi lagu, ya Rasulallah, nyanyian asal kumpln Raihan. lg satu psl aku yg latih bebudak ni,kire kredit kt aku ler jugak..ngeh3

7. Persembahan nasyid guru.
kalo murid die best, mestila guru2 die atas lg..huhu
nyanyi lagu buatmu rasulullah n junjungan mulia
us haris, aku, us rizal, cikgu sharifuddin n cikgu kamarul, mmg diorgni otai2, aku? tumpang glemer diorg je..huhu(gmbr xtangkap, pasal aku sebuk mengetuk conga mse tu)

8. murid2 bersiap utk berarak.
-berarak keluar sekolah
-alhamdulillah, terharu aku tgk semangat diorg berselawat, hiba je rase bile sume warga sk senawang berselawat keatas Rasul junjungan kita.Allahuakbar!! tersangat best, guru sama2 dgn pelajar berarak, ade yg buat sepanduk dengan bajet sendiri, pakaian cntik,ade yg pakai sedondon,dalam kite xsedari, kite berselawat,insyaallah makin bertambah rase kasih pd Rasulullah, disamping memupuk semangat ukhwah sesama kita.

9. rehat.
murid2 g rehat kt kantin, makan sendiri2 la..

10. persembahan iringan kompang
budak2 berkumpul semula d dataran ilmu smbil melihat persembahan kompang bimbingan cikgu amroz.

11. pengumuan pemenang perarakan.
acara kemuncak, hadiah berupa wang tunai, disampaikan oleh guru besar. markah dikira semasa diorg berarak,
dari segi kreativiti, berselawat dan disiplin. duit tu leh diorg gune utk keceriaan kelas atau jamuan mse akhir tahun nnti.








Alhamdulillah majlis bermula n berakhir dgn jayanya